Thursday, August 21, 2008

Kekasihku seru, drama bersiri dr pengarah khabir bhatia (CINTA, SEPI movie)

clipped from www.budiey.com
Khabir Bhatia: Belajar Buat Drama Seram

Khabir Bhatia, pengarah hebat yang mempertaruhkan filem romantik Cinta dan Sepi di layar perak, kini kembali lagi buat pertama kalinya dengan drama seram terbaru berjudul Kekasihku Seru.

Drama 13 episod ini akan menemui penonton TV3 mulai 24 Julai 2008, setiap hari Khamis, jam 9.30 malam melalui slot Seram. Drama ini diterbitkan oleh Filmscape dan hasil penulisan skrip oleh Mira Mustafa.

Sinopsis Kekasihku Seru
Emelda Rosmila memainkan peranan sebagai Marisa merupakan graduan dalam bidang sains dan ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang kedoktoran. Misteri bermula setelah Marisa mengetahui bahawa beliau adalah seorang anak angkat, keinginan untuk mengenali keluarga asal membawa Marisa ke alam penuh mistik dan pelik.

blog it

clipped from www.budiey.com

Marisa bertemu dengan pasangan adik beradik Mas Suri (Umi Aida), Mas Ayu (Kuza) dan Mas Lela (Rose Iskandar). Dia merasakan bahawa salah seorang daripada mereka merupakan ibunya Mas Suri seorang yang tegas dan jarang sekali berperasaan sensitif, bertanggungjawab untuk menjaga Mas Ayu daripada gangguan Waris. Siapakah Waris?

Waris yang dilakonkan oleh Hairi Othman telah hidup di dalam keadaan ‘limbo’ selama 100 tahun. Untuk memastikan hayatnya berpanjangan, Waris memerlukan seorang kekasih dari keturunan Mas Ayu. Selama ini keturunan Mas Ayu cuba menghalang gangguan Waris dengan tidak membenarkan anak-anak perempuan mereka untuk berkahwin.

Mas Ayu pula kini katatonik yang tidak mampu bergerak atau berkata-kata. Waris cuba mempertaruhkan Mas Ayu demi kepentingannya namun dalam masa yang sama dia tidak dibenarkan hidup oleh Mas Suri yang mahu mengawal kuasa Waris.

blog it


clipped from www.budiey.com

Sementara itu, Fizz Fairuz melakonkan watak Rashad, bekerja sebagai pensyarah di sebuah universiti tempatan. Beliau telah kehilangan anak dan isterinya di dalam kemalangan jalan raya dan sejak itu, beliau mampu melihat makhluk halus di sekelilingnya. Abangnya mati dibunuh dan Rashad cuba menyelesaikan misteri kematian abangnya yang merupakan mangsa Waris.

Masihkah ada sinar harapan untuk Marisa menemui kembali keluarga kandungnya? Berjayakah Mas Suri menghapuskan Waris yang sudah hidup seratus tahun? Adakah Rashad menerima kelebihan yang dimilikkinya atau merupakan satu beban yang perlu ditanggung? Apakah kaitan cerita-cerita mereka? Nantikan jawapannya di slot Seram Kekasihku Seru, setiap Khamis, jam 9.30 malam mulai 24 Julai 2008.

blog it

No comments: